©2019 HENRY BUTCHER MALAYSIA (MONT KIARA) SDN BHD.

DASAR KOMUNITI NEGARA

Transformasi Komuniti PPR

OBJEKTIF

  • Melibatkan diri dengan komuniti

  • Membangkitkan kesedaran mengenai penjagaan rumah

  • Memupuk sifat bertanggungjawab terhadap harta benda bersama dan kehidupan berkomuniti

VISI

Menambahbaikkan persekitaran kediaman PPR

MISI

Meningkatkan kualiti kebersihan di Program Perumahan Rakyat (PPR)

TIPS BERKOMUNITI

Perkara yang boleh dilakukan:

  • Kenali jiran anda dan saling membantu di antara satu sama lain

  • Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti berkomuniti.

  • Memastikan keselamatan bersama terjamin.

  • Bertanggungjawab terhadap kediaman persendirian dan kemudahan harta bersama.

  • Meletakkan kenderaan di kawasan yang disediakan. Jika tiada petak parkir, sila tinggalkan nombor telefon anda di “dashboard’ ataupun tidak menarik brek tangan.

  • Sentiasa memastikan gas dapur ditutup jika tidak digunakan.

  • Membuang sampah dan perabot yang tidak digunakan di tempat yang disediakan.

  • Sentiasa memastikan kawasan harta Bersama dalam keadaan bersih seperti dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, lif, bilik sampah dan sebagainya.

Perkara yang tidak boleh dilakukan:

  • Anda dinasihatkan tidak membuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman komuniti.

  • Dilarang meletakkan barang-barang dalam keadaan yang membahayakan orang awam.

  • Dilarang menyimpan barang-barang yang mudah terbakar.

  • Dilarang menghalang laluan kawasan harta bersama dan laluan kecemasan seperti di tangga dan koridor.

  • Dilarang meletakkan kon di tempat letak kenderaan bagi kemudahan persendirian.

  • Dilarang membuang sampah ke luar tingkap, koridor dan di kawasan harta bersama.

  • Dilarang meludah di dalam lif dan tempat kemudahan bersama.

  • Dilarang menyidai pakaian dan memasang gril di kawasan harta bersama.

  • Anda tidak dibenarkan mengubahsuai fasad kediaman.

  • Merosakkan harta benda awam (vandalism).